Mutiara Cinta
HANYA ada satu pelita
yang dapat kita pegang dan akan sentiasa menyala biarpun ketika malam yang
gelap dan tetap akan menerangi tempat-tempat yang jauh seperti menerangi tempat
kita sendiri. Ia adalah cinta kepada semua yang bernyawa.
JATUH CINTA pada seseorang insan yang masih dalam proses
berdukacita atas kehilangan orang tersayang, tidak pernah menjadi sesuatu yang
mudah kepada yang terkena tempiasnya.
APABILA pintu hati sudah
terbuka, tidak perlu suasana romantis disimbah cahaya lilin atau berlutut
sambil merenung jauh ke dalam mata untuk menyatakan rasa yang terpendam.
Segala-galanya akan datang sendiri dan difahami daripada hati luhur untuk
menerima lamaran daripada sang kekasih.
CINTA, MENYINTAI ATAU
DICINTAI itu adalah lumrah sifat kejadian manusia. Hak untuk bercinta dan
menerima bergantung kepada individu itu sendiri. Pilihan adalah terpulang
kepada kita, jika pilihan berlandaskan agama pasti hasilnya diberkati dan
sekiranya berlandaskan nafsu pasti akan terhumban ke lembah kehinaan.
CINTA itu adalah segugus
kepercayaan yang abadi. Dan cinta sejati itu bererti melepaskan orang yang
disayangi terbang bebas ke dunianya. Kalau betul kau milikku pasti engkau akan
kembali menghangatkan cinta kita.
SEKIRANYA kamu dicintai
oleh seseorang yang tidak kamu cintai, anggaplah ia satu penghormatan buat
dirimu tetapi kembalikan penghormatan itu dengan cara yang ikhlas dan
jujur.Jangan kamu ambil kesempatan dan janganlah melukakan.
CINTA merupakan suatu
perasaan yang agung. Jika cinta tiada lagi, bererti salah satu nikmat Tuhan
telah dicabut dari hati, tandanya salah satu nilai kemanusiaan dalam diri anda
mulai terhakis. Ia memerlukan pengorbanan yang besar sambil bermodalkan
keikhlasan serta kejujuran yang tinggi.
ORANG yang tiada perasaan
cinta adalah manusia yang hilang motivasi dalamannya. Cinta seharusnya
melahirkan tindakan yang melambangkan kelembutan, kasih sayang dan
kebijaksanaan terutama dalam membuat keputusan berhubung dengan insan yang amat
dicintai. Cinta adalah kenderaan menuju kebahagiaan. Cinta murni sentiasa mampu
pemandunya, pemiliknya melepasi semua halangan demi kecemerlangan. Cinta boleh
membuatkan manusia bangun membina kehidupan yang terbaik.
ALANGKAH bodohnya manusia
yang menjadikan cinta untuk membina kesusahan di hari muka. Jika cinta
dijelmakan dalam diri, ia begitu memotivasi. Jika diberikan kepada seseorang
ibarat memberikan segunung emas kepadanya. Tatkala dijelmakan dalam
rumahtangga, jawapannya adalah kerukunan dan kesefahaman yang berpanjangan.
Cinta yang murni adalah pemangkin untuk kehidupan yang penuh kebahagiaan.
Sebagaimana ia bermula di hati, cinta seharusnya berkekalan hingga hujung
nyawa.
CINTA yang benar-benar
tulus dan ikhlas sepatutnya menjadikan pemiliknya bertambah matang, beriman dan
berperibadi mulia. Jika yang sebaliknya berlaku, ia menjadi tanda bahawa itu
bukan cinta sejati yang anda cari-cari.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar